Empayar Pala
Empayar Pala

Empayar Pala

Empayar Pala (750-1162 Masihi)[1][2] ialah sebuah kuasa imperial zaman pascaklasik di subbenua India,[10] yang berasal di kawasan Bengal. Dinasti ini dinamakan sempena gelaran pemerintah empayar yang digelar Pala ("pelindung" dalam bahasa Sanskrit). Warga empayar ini merupakan penganut aliran Buddha Mahayana dan Vajrayana. Empayar ini ditubuhkan melalui pertabalan Gopala sebagai maharaja Gauda pada 750 Masihi.[1] Kubu-kubu utama Pala terletak di Bengal dan Bihar, termasuk bandar-bandar utama Gauda, Vikrampura, Pataliputra, Monghyr, Somapura, Ramvati (Varendra), Tamralipta dan Jaggadala.